Personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli bosan hidup mewah dan mahu mengubah gaya hidupnya agar tidak boros berbelanja.
Menerusi sesi soal jawab di Instagram Story, pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu tanpa disedarinya.
“Beberapa tahun lalu saya boros, saya boleh habiskan RM1 juta dalam masa seminggu sahaja tanpa saya sedar.
“Sekarang sangat jauh berbeza. Banyak barangan mewah kepunyaan saya yang beratus ribu.
“Ada barangan mewah saya yang tidak pakai, saya jual semula. Bosan juga ya terlalu mewah,”katanya.
Iqbal Zulkefli bosan hidup mewah
Dalam hantaran yang sama, Iqbal juga memberitahu dia perlu berjimat cermat kerana banyak komitmen yang perlu dibayar, apatah lagi dia bekerja sendiri.
“Sekarang banyak fikir bisnes sahaja. Banyak komitmen yang perlu bayar. Tambah-tambah lagi, hasil pendapatan itu daripada saya sendiri.
Jelas Iqbal, tujuannya berkongsi sikap borosnya itu adalah sebagai tanda pengajaran buat orang ramai agar tidak mengikuti perbuatan demikian.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.