“Ini Gombak ke Indonesia?” Bertahun tahan sabar dengan geng main gendang, wanita ini muak budaya memekak waktu sahur

SEORANG wanita yang menetap di Gombak, Selangor, mendakwa terdapat individu yang bermain gendang pada waktu sahur di kawasan kediamannya.

Dalam hantaran di Threads, dia meluahkan rasa tidak puas hati kerana perbuatan itu mengganggu ketenteraman awarm.

“Bunyi orang kejut sahur sambil main gendang ni budaya Indonesia kan? Kenapa ada dekat Gombak?

“Tak patut sebab orang ada anak kecil yang menangis nak tidur. Orang nak sahur dengan tenang, lepas tu anak terbangun,” tulisnya.

Menurut wanita itu, amalan berkenaan sudah lama wujud di Gombak, namun dia mula merasa rimas kerana baru sahaja menimang cahaya mata.

“Anak saya jenis melekat dengan saya. Macam mana nak sahur kalau dia menangis? Kadang saya terpaksa biarkan dia menangis sebab waktu sahur dah nak habis.

Ni ada orang berarak jerit sana sini. Dah bertahun duduk sini, memang ada (main gendang). Tapi dah ada anak kecil ni, stres dibuatnya,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, pelayar Threads memberi saranan kepada wanita itu agar dia membuat laporan polis berhubung gangguan berkenaan.

Menurut netizen lagi, aduan wanita itu sememangnya berasas memandangkan kawasan Gombak didiami ramai orang Indonesia.

Wanita dakwa wujud individu bermain gendang pada waktu sahur di kawasan rumahnya.

Wanita itu menetap di Gombak, namun tidak menyatakan lokasi rumahnya secara spesifik.

Dia kesal kerana gangguan bunyi itu menyebabkan bayinya meragam dan susah untuk tidur.

Netizen memberi saranan agar wanita itu membuat laporan polis.

“Wake up sis. Gombak tu memang penuh pendatang dari sana.

“Gombak tu ramai orang Indonesia. Sebab tu dibawa budaya mereka ke situ.

“Serius tak suka budaya memekak waktu pagi masa nak sahur ni,” tulis beberapa netizen.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *