Seramai 26 individu telah diambil keterangan bagi bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, setakat Rabu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka yang dipanggil terdiri kenalan dan rakan sepejabat mangsa serta saksi awam.
Menurutnya, beberapa anggota polis yang merupakan rakan sepejabat suspek turut dipanggil bagi membantu siasatan.
“Ramai saksi telah dipanggil iaitu seramai 26 orang panggil untuk dirakam percakapan.
“Antaranya kawan, anggota polis sepejabat dengan dia (suspek) selain saksi awam yang ada kaitan dengan siasatan ini, ” katanya ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang di sini pada Rabu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang kira-kira jam 6
petang, Isnin lalu.
Sumber : Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.