“Hidup ini tak mudah sayang..” Nak sangat ke jadi istri Abang Maman, suami disondol orang ketiga?

Usahawan kontroversi, Kak KM menuai perhatian warganet apabila memberi amaran kepada wanita-wanita yang cuba menggoda suaminya, Razman Ramli untuk menjadi isteri nombur dua.

Suami disondol orang ketiga?

Kak KM Suami disondol orang ketiga?

Menerusi perkongsian di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meluahkan rasa kesal terhadap wanita yang cuba untuk menjadi madunya dan menafikan bahawa kemewahan bukanlah punca kebahagiaan dalam keluarga.

“Kau jangan ingat kalau kau jadi isteri nombor dua boleh merasai hidup mewah.
“Kau jangan mimpi kau boleh tidur atas permata tapi kau janganlah ingat seronok dapat kahwin dengan Abang Maman (suami),” kata Kak KM di TikTok, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia berkata jika mahu menjadi madunya perlu berdepan dengannya dahulu dan mengakui menikah bersama suaminya tidaklah semua perkara itu indah dan sempurna.

“Nak sangat ke jadi isteri Abang Maman nombor dua? Nampak sahaja macam indah belaka.
“Aku akan jadikan kau orang gaji aku terlebih dahulu, kau kena hadap aku dulu tapi sakit jugalah, hidup ini tak mudah sayang,” jelasnya.

Suami disondol orang ketiga?

Meninjau ke ruangan komen, warganet mendakwa rumah tangga usahawan itu sedang bergolak dan mendoakan agar hubungan mereka berdua sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.

Malah ada juga wargamaya yang menganggap anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu seolah makan hati dan memberi bayangan bahawa suaminya sedang di fasa mengenali wanita lain.

Kesian Kak KM

Suami nak kahwin lagi ke?

Macam makan hati

Untuk rekod, Kak KM mendirikan rumah tangga dengan Razman Ramli sejak tahun 2002. Hakil perkosngsia hidup bersaam, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nabila Razman, Faris Razman, Rania Razman dan Cinta Carissa Razman.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *