“Hanya mandi 6 kali sebulan” bimbang idea akan hilang jika mandi..Sherina Munaf dianggap pengotor

PERKONGSIANĀ pelakon dan penyanyi Sherina Munaf yang mendedahkan dia hanya mandi enam kali dalam sebulan menerima padah apabila kenyataannya itu mendapat kecaman netizen.

Netizen mempersoalkan sama ada Sherina atau Sinna Sherina Munaf, 34, tidak mandi hadas selepas selesai haid dan melakukan hubungan suami isteri.

Malah ramai tertanya-tanya jika Sherina tidak solat selain menyifatkan dia sebagai pengotor.

Untitled design (1)

Sherina baru-baru ini berjaya raih dua anugerah dalam AMI 2024.

“Awak beragama apa? Kalau awak beragama Islam, mandi hadas selepas tamat tempoh haid atau bersama suami adalah wajib.

“Awak tak solat ke? Awak tak mandi wajib ke? Kalau dalam sebulan hanya mandi enam kali sahaja?

“Badan tak berbau? Saya sehari tak mandi pun badan terasa gatal-gatal. Sekurang-kurangnya mandi sehari sekali,” komen netizen.

Untitled design (2)

Sherina bimbang idea akan hilang jika dia mandi.

Sherina menjelaskan dia tidak mempunyai masa untuk mandi susulan terlalu sibuk ketika menyiapkan skor muzik bagi filem Adventure Sherina 2.

Kata Sherina sepanjang tempoh itu dia hanya akan berhenti bekerja untuk makan dan tidur sehingga tidak sempat mandi.

Malah katanya, dia bimbang jika dia mandi akan menghilangkan ilham dalam berkarya.

“Saya hanya mandi enam kali sebulan kerana sibuk dengan penggambaran dan menyiapkan skor muzik filem tersebut.

“Saya memang tiada masa. Masa rehat hanya untuk makan dan tidur. Kalau mandi, saya takut idea akan hilang. Jadi, saya tak mahu mandi,” ujarnya.

Sherina berkongsi perkara itu ketika ditemui di Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2024 yang berlangsung di Ciputra Artpreneur, Jakarta pada Rabu lalu.

Pelakon seberang itu bagaimanapun memberitahu rutin hariannya sudah kembali normal selepas proses penggambaran selesai.

Malah kini dia akan mandi setiap hari seperti mana kebiasaan dilakukan sebelum ini.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *