“Halalkan hutang bapa kandung Puteri Balqis” hanya salah faham! Michael Ang akhirnya bersuara

Pengarah dan penerbit, Michael Ang, menegaskan tiada keperluan bagi pelakon Puteri Balqis untuk memohon maaf kerana beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan terhadapnya.

Michael menjelaskan bahawa kemelut yang tular sebelum ini hanyalah berpunca daripada salah faham melibatkan beberapa pihak, dan mereka tidak pernah bersengketa sebelum ini.

“Kepada Balqis, tiada sebarang kesalahan dan tiada keperluan untuk memohon maaf kepada saya.
“Perkara ini hanyalah satu salah faham dan tidak melibatkan apa-apa isu lain,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Michael Ang tiada isu dengan Puteri Balqis

Selain itu, Michael turut menyatakan beliau tidak akan menuntut sebarang hutang yang pernah dilakukan bapa kandung Puteri Balqis serta enggan sebarang isu diperdebatkan lagi.

“Berhubung perkara pinjaman yang melibatkan bapa awak, saya telah melupakannya dan menghalalkannya selepas mengetahui apa yang telah awak sekeluarga lalui.
“Anggap perkara ini selesai dan tidak perlu difikirkan lagi. Oleh itu, tiada apa-apa yang perlu dibangkitkan lagi. Semoga hubungan kita kekal baik, terima kasih,” jelasnya.

Situasi ini menjadi perhatian selepas nama Michael dipetik oleh pelakon Janna Nick dalam media sosial berkaitan pertelingkahan dengan Puteri Balqis.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *