SEORANG pekerja melondehkarı seluar di hadapan pegawai atasannya bagi membuktikan dia masih belum pulih daripada pembedahan buasir selepas permohonan untuk melanjutkan cuti sakit ditolak.
Pemandu tren kereta api (lokomotif), Rajesh Meena, bertindak demikian selepas diarahkan kembali bertugas walaupun masih menahan sakit akibat pembedahan yang dijalaninya.
Kejadian dilaporkan berlaku di Lucknow, India.
Menurut ketua All India Loco Running Staff Association (AILRSA), Rajesh sudah lama mengalami masalah buasir.
Dia sebelum ini mendapatkan rawatan di Indore sebelum menjalani pembedahan buasir di Lucknow pada 22 Februari lalu dan diberikan cuti sakit hingga 28 Februari.
Bagaimanapun, Rajesh mendapatkan pemeriksaan di sebuah pusat kesihatan kerana luka pembedahan itu masih belum sembuh apabila tempoh cuti selama enam hari berakhir.
Doktor bersetuju memberikan rehat tambahan dan menasihatinya mendapatkan surat pengesahan cuti sakit daripada majikan.
Dia seterusnya bertemu pegawai dan ketua pengawal kru sambil mengemukakan dokumen perubatan termasuk preskripsi, laporan makmal dan laporan rawatan luka.
Namun, pegawai terbabit didakwa enggan mengeluarkan memo untuk melanjutkan cuti sakitnya.
Akibat masih menahan sakit, Rajesh membuka seluar di hadapan pegawai tersebut bagi menunjukkan luka pembedahan yang belum sembuh.
Rakaman video yang dirakam rakan sekerja kemudian tular dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan kakitangan Indian Railways kerana disifatkan tidak berperikemanusiaan.
Selepas campur tangan seorang pemimpin kesatuan AILRSA, Rajesh akhirnya dibenarkan melanjutkan cuti sakit. -Agensi
Sumber: m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.