“Gadis ini bengang susah kikis duit BF” gaji 6K tapi kedekut… Bawa makan tempat biasa, belanja shopping jauh sekali

BAGI mana-mana wanita, memiliki pasangan yang sempurna dari segala segi sudah pasti menjadi impian.

Antara ciri-ciri teman lelaki idaman tidak terhad kepada rupa paras dan personaliti menarik, beriman, malah penting juga stabil dari segi kewangan.

Seorang gadis dianggap bertuah apabila teman lelakinya mempunyai ciri-ciri tersebut, namun tak siapa tahu dalam kesempurnaan kekasihnya itu, dia tidak pandai mengambil hati seorang perempuan.

Boyfriend I dah kerja bank tiga bulan, sekarang ni gaji dia banyak sampai RM6,000.

“Tapi tak ada pun bawa I pergi makan sedap-sedap,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Seorang gadis teruja dengan pencapaian pasangannya. -Gambar hiasan

Bukan sekadar tidak dibawa menikmati makanan yang dihajati, gadis itu turut mengeluh mengenai cara kekasihnya berbelanja.

Dia berpandangan, dengan pendapatan sebanyak RM6,000 itu, sudah pasti teman lelakinya mampu berbelanja untuk dirinya.

Redflag ke eh? Nak sekali-sekala bawa shopping ke makan sedap-sedap,” ujarnya.

Namun apa yang lebih dipersoalkannya adalah dengan gaji setinggi itu, kekasihnya masih belum memiliki kereta untuk kegunaan harian.

Pada masa sama, dia juga mengharapkan keselesaan untuk keluar bersama dengan menaiki kereta tanpa perlu berhujan dan berpanas.

“Dia punya komitmen kereta pun tak ada lagi. Cuma ada motosikal je,” luahnya terkilan.

Setiap lelaki mempunyai komitmen dan tanggungjawab masing-masing. -Gambar hiasan

Gadis itu bagaimanapun tidak mendedahkan berapa lama hubungannya bersama teman lelaki dan apakah pekerjaannya.

Menerusi satu hantaran berasingan, seorang pemuda seakan-akan menyedari luahan gadis itu datangnya daripada kekasihnya sendiri.

Jadilah wanita yang ada harga diri dan tidak menunjukkan ciri-ciri mengikis sebelum berkahwin.

NETIZEN

Dia tampil menjelaskan perkara sebenar dan menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Si*l rupanya awek aku yang tanya pasal kerja bank tiga bulan tak bawa makan sedap-sedap. Aku dah tempah makan kat Menara Kuala Lumpur,” tegasnya.

Dalam hantaran itu, pemuda berkenaan turut memberi bayangan mengenai hubungannya bersama gadis yang suka merungut itu sudah berakhir.

Konflik adalah lumrah dalam kehidupan berpasangan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan dan reaksi masing-masing, dengan kebanyakannya berpihak kepada si teman lelaki.

Red flag makwe macam kau. Belum apa-apa baru jadi makwe, dah rasa entitled. Gaji dia, kot dia ada hutang banyak ke, kau tahu apa? Belum jadi bini lagi, kalau jadi bini memang habislah.

“Jadilah wanita yang ada harga diri dan tidak menunjukkan ciri-ciri mengikis sebelum berkahwin. Bukan kewajipan boyfriend nak belanja pun. Kalau dah jadi suami, ya.

“Itu gaji dia, kau nak usaha sendirilah. Mungkin dia banyak nak tanggung mak ayah atau adik-adik daripada menanggung manusia yang tak ada pertalian dengan dia, kahwin pun belum,” komen beberapa netizen.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *