“Gadai keris kesayangan demi kelangsungan hidup” Ebby Yus tak sekuat dulu, ini keadaan terkini buat ramai yang mendoakannya

Pelakon dan pelawak, Ebby Yus tak sekuat dulu selain sudah empat bulan tidak mampu bekerja akiabt menderita sakit lemah jantung serta buah pinggang.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid juga terpaksa menjual lima keris koleksi peribadinya bagi menampung kehidupan harian.

Ebby berkata, dia enggan menyusahkan ahli keluarga serta rakan-rakan yang sudah banyak membantu sejak disahkan mempunyai masalah kesihatan sejak enam tahun lalu.

“Memang saya kalau boleh tak mahu heboh sebab risau kawan bimbangkan keadaan kita.
“Kalau rakan artis ramai termasuk Jepp Sepahtu dan Roy Azman yang datang dengan geng konvoi bermotosikalnya,”ujarnya.

Ebby Yus tak sekuat dulu

Kongsi Ebby, selepas memasang alat perentak jantung pada Disember tahun lalu, dirinya sudah tidak lagi mudah pitam.

Bagaimanapun, dia masih belum boleh melakukan kerja berat atau mengambil mana-mana tawaran di luar studio biarpun dirinya dibolehkan untuk bekerja.

Katanya lagi,  selepas pembedahan memasang perentak jantung akhir tahun lalu kesihatan berada pada tahap yang baik dan dapat memenuhi beberapa tawaran kerja termasuk bersama Sepahtu Reunion.

“Penyakit lemah jantung yang saya hidapi sejak 2018 membuatkan tenaga saya tidak sekuat dulu, apatah lagi sekarang kena mulakan rawatan dialisis akibat sakit buah pinggang.
“Dahulu saya sudah jual empat kereta, sekarang saya ada keris lama yang mempunyai nilai kepada pengumpul. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat tampung belanja harian,” katanya.

Difahamkan, Ebby sudah berkampung di hospital selama 17 hari sejak awal bulan in akibat pening disebabkan tekanan darah rendah yang membawanya ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kesihatan saya mula terganggu sejak empat bulan lalu hingga pergerakan semakin terbatas tetapi tidak ramai tahu keadaan saya (masuk wad) kerana tidak mahu hebohkan.
“Saya jalani pembedahan kecil pada perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah namun luka saya dijangkiti kuman yang menyebabkan saya lama di hospital.
“Dalam tempoh ini berat saya dari 72 kilogram (kg), susut kepada 60 kg,” katanya lagi.

Ebby jalani dialisis darah sebelum air di rumah

Menurut Ebby lagi, buat sementara waktu dia perlu menjalani dialisis darah di hospital sebelum mula melakukan dialisis air di rumah empat kali sehari dalam tempoh terdekat.

“Esok (Ahad) saya perlu ke hospital lagi bagi menjalani rawatan susulan selain periksa tiub atau kateter yang dipasang pada bahagian perut saya,”kongsinya lagi.

Dikesempatan itu, Ebby berterima kasih kepada saudara dan rakan yang datang melawat serta menghubunginya bertanya khabar termasuk menghulurkan bantuan.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *