“Founder lain ramai buat lagu raya” Kak KM tak ikut trend dedh siap tolak tawaran komposer, rupanya ini yang berlaku buat ramai terkejt

USAHAWAN sensasi, Liana Rosli terpaksa menolak tawaran daripada seorang komposer dari Indonesia yang ingin menghasilkan lagu raya khas untuknya pada tahun ini.

Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, 45, karya yang ditawarkan itu tidak menepati cita rasanya walaupun sudah beberapa kali didengari.

“Memang ada komposer dari Bandung menghubungi saya untuk buat lagu raya. Tapi bila saya dengar, macam tak sedap sangat di telinga saya, jadi sebab itu saya tak ambil.

“Dia ada juga minta saya dengar sekali lagi, tapi saya dah dengar sampai empat kali dan masih rasa lagu itu tak masuk dalam jiwa,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Kak KM menegaskan dia tidak berasa tertekan untuk mengikut trend usahawan atau pempengaruh lain yang berlumba-lumba menghasilkan lagu raya setiap kali menjelang Aidilfitri.

Kata Kak KM, dia sudah mempunyai perancangan tersendiri sepanjang Ramadan dan lebih selesa menumpukan masa bersama keluarga.

“Tiada pun. Hidup saya bukan nak bertanding siapa lebih laju atau siapa suara lagi sedap.

“Saya pun dah susun jadual sendiri. Dua minggu pertama Ramadan saya nak sahur dan berbuka di rumah sahaja. Lepas dua minggu

itu saya akan mula sibuk berniaga.

“Tapi kalau ada lagu yang betul-betul kena dengan jiwa, kenapa tidak? Saya okay sahaja sebab saya pun boleh menyanyi,” selorohnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL..

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *