KUALA LUMPUR: Aktres Nur Fazura menafikan pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai yang dibuat terhadap suaminya, Fattah Amin, Jumaat lalu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan pengurusnya, Iman Tang, Fazura turut menegaskan pihak pengurusannya termasuk peguam dilantik tidak pernah mendedahkan butiran permohonan cerai atau berkongsi tarikh prosiding seperti yang tular sejak semalam.
“Pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fazura sejak tular kisah permohonan perceraian.
“Permohonan difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-udang,” katanya kepada BH Online
Fazura nafikan pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai yang dibuat terhadap Fattah Foto IG Nur Fazura
Sehubungan itu, Iman menggesa semua pihak supaya berhenti daripada membuat sebarang spekulasi mengenai krisis rumah tangga membabitkan Fazura dan Fattah.
“Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelakkan pelbagai spekulasi,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Fazura memohon untuk bercerai secara baik daripada Fattah susulan permohonan difailkan oleh Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Jumaat lalu.
Malah, terdapat laporan yang mendakwa pasangan itu akan menghadiri prosiding di mahkamah pada 25 September ini sebagai tarikh sebutan kes perceraian mereka.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Sumber : obulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.