Penyanyi dan pelakon, Elyana, 38, tetap ceria walaupun sedang berada di hospital untuk menjalani kemoterapi disebabkan penyakit kanser limfoma dihidapinya.
Terdahulu, perkara itu dimaklumkan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram (IG), dua hari lalu.
“Kemoterapi. Era baru saya,” tulisnya pada kapsyen video sambil menyanyi dalam keadaan ceria.
Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat termasuk menyifatkan Elyana sebagai seorang pejuang kanser berjiwa kental.
“Elyana pejuang kanser yang kuat. Semoga Elyana sentiasa sihat dan dikembalikan semula kesihatan seperti dulu,” komen netizen
“Stay strong dik. Moga satu hari nanti adik sembuh sepenuhnya,” kata seorang wargamaya.
“Semoga cepat sihat dan dipermudahkan rawatan,” kata pengguna media sosial.
“Moga diberikan kesembuhan Elyana dan dipermudahkan segala urusan,” luah seorang warganet lain.
Sementara itu, Elyana juga memuat naik beberapa hantaran di InstaStory berbicara mengenai keadaannya yang sentiasa bangun pada awal pagi kerana tidak boleh tidur akibat sakit badan.
“Pukul 3 (pagi) bangun, pukul 4 bangun, pukul 5 bangun, tak boleh nak tidur, sakit badan macam angin kot.
“Sekarang kita baru masukkan ‘control lock’ ubat angin kat dalam ni dan kembung sangat, perut keras, badan tak selesa nak tidur macam kena picit belakang sebelah kiri ni. Saya dah sapu minyak angin,” katanya.
Sebelum ini, kira-kira dua tahun lalu Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Pada 2017 ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV), Elyana pernah mendedahkan dirinya adalah penghidap kanser limfoma tahap empat.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 14, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani, 6.
Sumber : metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
