“Enam beranak berkumpul di tempat duduk belakang” ini penjeladan dari pihak bomba buat ramai yang sayu..

Enam sekeluarga dipercayai cuba menyelamatkan diri sebaik sahaja kenderaan dinaiki mereka terjunam dalam Sungai Korok, namun usaha mangsa tidak berjaya.

Menerusi temu bual bersama Kosmo! Online, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada anggota yang menjalankan operasi penyelamatan, kesemua mangsa berkumpul di sebelah kiri bahagian belakang kenderaan ketika ditemukan.

Cubaan selamatkan diri tak berjaya

Cubaan selamatkan diri tak berjaya

Foto: Berita Harian

“Kemungkinan ada cubaan untuk keluar daripada kenderaan namun tidak berjaya.
“Tiada cermin yang pecah, tapi anggota penyelamat bertindak memecahkan cermin dan lakukan pemotongan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang sudah dua hari di dalam air,” katanya.

Misteri kehilangan terjawab

Foto: Berita Harian

Misteri kehilangan enam sekeluarga yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, Jitra akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok, di sini hari ini.

Mangsa yang maut terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun.

Sumber: Kosmo! Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *