PELAKON Sharnaaz Ahmad tidak dapat menahan sabar selepas seorang netizen mengungkit isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isteri iaitu Noor Nabila.
Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, secara sarkastik memberi amaran kepada wanita tersebut agar menjaga anak- anaknya supaya tidak mengikut sikap negatif ditunjukkan.
“Bila akak ‘gomen’ guna Wifi Starbucks berbicara. Jaga anak tu elok-elok, jangan ikut perangai awak sudahlah,” katanya.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada Julai 2020.
Ketika itu, selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Nabila memberi alasan mahu bercerai kerana Sharnaaz memberi nafkah zahir tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun lebih daripada mampu.
Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Ahad.
Dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz turut memaparkan komen ditulis oleh wanita tersebut dalam hantaran foto miliknya di laman sosial tersebut.
“Betul ke dulu ada isu nafkah bagi Nabila RM500 sahaja sampai bercerai?,” tulis wanita berkenaan.
Sharnaaz bagaimanapun membalas komen tersebut dan memberitahu dia bersyukur atas rezeki diberikan Allah SWT malah sudah mampu membayar nafkah anak dengan jumlah setimpal.
“Tak mengapa, sekarang ini Alhamdulillah rezeki Allah bagi, nafkah aku beri pada anak aku lagi banyak dari gaji makcik itu.
Syukur rezeki Allah,” ujarnya.
Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017.
Sumber : obulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.