Dua kali dapat ikan bawal tak dimasak sempurna, pelanggan Rembayung akui kecewa… Minta Khairul Aming perkemas QC

SEORANG individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming (KA).

Menerusi perkongsian di Tik Tok, individu yang menggunakan akaun @amir_car.specialist berkata dia mengunjungi Rembayung pada slot Selasa malam, namun berdepan pengalaman kurang memuaskan apabila menu ikan bawal sambal tumis petai yang dipesan didakwa tidak masak.

Menurut individu itu, biarpun sudah membuat aduan dan kakitangan restoran menggantikan ikan yang baharu, namun keadaan sama masih berlaku.

“Dear Khairul Aming, saya kecewa hari ini apabila datang kedai Rembayung. Pertamanya, ikan bawal tu keras. Minta staf tolong tukarkan.

“Dapat yang second pun masih tak masak,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Dia turut memuat naik video memaparkan isi ikan bawal yang masih kelihatan sedikit kemerahan apabila dicubit.

Bagaimanapun, dia memuji cara kakitangan restoran tersebut mengendalikan situasi berkenaan dengan baik dan profesional.

Menurut individu itu lagi, teguran yang dibuat bukan bertujuan menjatuhkan perniagaan pempengaruh berkenaan, sebaliknya sebagai maklum balas untuk penambahbaikan khususnya daripada segi kawalan kualiti (QC) makanan.

“Just nak tegur cara QC (kawalan kualiti) makanan supaya tak ada orang terkena.

“Slot saya malam. Saya tak marah pun waktu ikan tu tak masak sampai dua kali. Cumanya teguran ni untuk KA improve more better.

“Saya bukan nak menjatuhkan bisnes KA. Terpulang kepada individu tu sama ada nak ambil sebagai negatif atau positif,” tulisnya lagi..

Pada masa yang sama, dia turut memuat naik gambar bil pembayaran di dalam perkongsiannya, namun menu ikan bawal sambal tumis petai tidak tersenarai.

Malah kelihatan pencuci mulut, cendol yang tidak berada dalam senarai pesanan pula ditanda sebagai percuma di dalam bil berkenaan.

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *