Setiap kali tibanya bulan Ramadan, siri 30 Hari 30 Resepi yang diperkenalkan usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming pasti mendapat sambutan luar biasa daripada netizen.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, peminat setia menantikan idea masakan baharu yang ringkas dan mudah untuk dicuba sepanjang bulan puasa.
Namun terbaharu, ruangan media sosial Khairul Aming dibanjiri dengan gelagat pengguna yang bergurau dengan bertindak ‘throwback’ atau mengorek semula video-video lamanya.
Tidak berdiam diri, tuan badan sendiri tampil memberikan respons terhadap situasi tersebut.
“Dah start up balik video lama ya. Ok sabar semua,” tulisnya.

Malah, dalam nada berseloroh, Khairul Aming kemudian membuat ‘comeback’ lebih padu apabila memuat naik lebih banyak kandungan resipi pada hari berikutnya.
Disebabkan semalam aku dimalukan, hari ni kita release EMPAT video resipi, bermula sekarang,” katanya.

Apa pun, jelas sekali 30 Hari 30 Resepi kekal menjadi antara kandungan Ramadan paling dinanti-nantikan setiap tahun.
Sumber: gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.