GARA-GARA berkongsi foto percutian bersama keluarga di Pulau Langkawi, usahawan sensasi Liana Rosli menerima kecaman netizen yang mempersoalkan keadaan ketiaknya yang kelihatan kemerahan seperti kurap.
Tampil menjelaskan perkara itu, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM berkata, kulit di bahagian ketiaknya menjadi merah dan seolah-olah terbakar selepas mencuba produk tiruan yang dijual dengan menggunakan namanya.
“Itu bukan kurap. Kulit saya memang elok sebelum ini, cuma hari itu saya cuba pakai produk saya yang dijual secara tiruan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya beli dan guna sendiri untuk pastikan ia selamat atau tidak sebab pernah viral sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Liana, selepas mencuba dia mengalami keradangan pada kulit sehingga menyebabkan kemerahan yang agak teruk.
“Memang teruk kesannya pada kulit. Keadaan kuit itu jadi lebih teruk bila saya mandi laut semasa bercuti.
“Sebab itu saya selalu ingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan beli produk tiruan kerana ia boleh merosakkan kulit,” ujarnya.
Dalam masa sama, Kak KM memberitahu masalah kulitnya itu sudah berlarutan selama beberapa bulan namun semakin beransur pulih.
“Sudah beberapa bulan, tapi masih belum pulih sepenuhnya,” katanya.
Sebelum ini, foto percutian Kak KM bersama keluarga menjadi perhatian apabila dia mengenakan pakaian yang mencolok mata sekali gus memaparkan bahagian ketiaknya yang kelihatan kemerahan.
Sumber: m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.