Dibebaskan sementara semalam, Dai Syed muat naik vdeo di ig undang perhatian ramai

Pendakwah selebriti, Syed Iqmal kongsi video tolak stroller anak selepas dibebaskan sementara semalam di Insta Story miliknya.

Syed Iqmal atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 atau dikenali sebagai Da’i Syed telah ditahan selama 21 hari di Penjara Kajang selepas didapati merogol seorang wanita kira-kira lima tahun lalu.

Syed Iqmal kongsi video tolak stroller anak, jalan2 petang

Menerusi Insta Story tersebut, Syed hanya berkongsi video sedang menolak stroller anak di kawasan seakan persekitaran kediaman tanpa memperlihatkan wajahnya serta bayi yang sedang tidur itu.

Syed Iqmal kongsi video tolak stroller anak

Syed Iqmal kongsi video tolak stroller anak perkongsian pertama selepas ditahan

Perkongsian Insta Story berkenaan adalah yang pertama di buat selepas 21 hari dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman dan media sosialnya juga tidak aktif serta tiada perkongsian terbaru.

Kali terakhir Da’i Syed mengemaskini Instagramnya adalah pada 20 Ogos iaitu sehari sebelum dia didapati bersalah dan perlu menjalani hukuman 10 tahun penjara dengan 3 kali sebatan.

Terdahulu, Da’i Syed dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan setelah 21 hari dipenjarakan.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed  apabila menyatakan perkara itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi sementara menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Mahkamah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah dengan beberapa syarat namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan berkenaan.

Sumber : ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *