Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian ramai setelah menerima kejutan bunga mawar daripada aktor Que Haidar.
Gembira terima bunga

Menerusi perkongsian di TikTok Jakel, memperlihatkan Fazura begitu gembira menerima pemberian bunga daripada pelakon lelaki itu dan hampir tidak percaya ia miliknya.
Tipu, ni betul ke bunga untuk saya. Habis dah merah muka ni,” kata Fazura.
Ibu kepada seorang cahaya mata dilihat tersipu-sipu menahan malu sehingga menutup wajahnya dengan pemberian bunga yang diterimanya.
Menurut Que, kejutan itu dibuat sebagai tanda terima kasih kerana aktres itu sudi menemaninya ke bazar Ramadan dan berharap bunga itu dapat menggembirakan hatinya.
@quefaz42 #quefaz #quehaidarfc #quefc #jakel ♬ original sound – Nash Khiruddin

“Terima kasih sebab nak pergi bazar Ramadan dengan saya. Kalau kita buat orang gembira, kita juga akan rasa yang sama iaitu bahagia,” ucap Que.
Meninjau ke ruangan komen, warganet sebak melihat artis pujaan mereka kembali menemui bahagia dan dihargai oleh lelaki yang tepat.
Malah ada juga yang memuji usaha yang dilakukan oleh Que yang dilihat tidak mudah berputus asa daripada terus mencuba.
Tentang usaha

Senyum sebab dihargai

Dah tak sunyi

Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.