“Di Egypt dulu dia selalu cakap keturunan Syed Sharifah takkan masuk ner4ka” Individu ini dkwa mengenali dai syed

Seorang individu yang mendakwa pernah mengenali pendakwah selebriti, Da’i Syed, mencetuskan kontroversi baharu apabila mendedahkan dakwaan mengenai sikap dan perbualan Syed ketika menetap di Mesir suatu ketika dahulu.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, individu terbabit mendakwa Da’i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail sering mengaitkan perbualan dengan unsur lucah dalam perbincangan seharian.

Menurut dakwaan itu, individu berkenaan mengaku mengenali Syed semasa berada di Mesir dan mendakwa faham perubahan sikap isteri pendakwah tersebut berdasarkan pengalaman peribadi berurusan dengannya.

“Aku kenal dia masa duduk di Egypt dulu. Aku faham kenapa isteri dia jadi sampai macam itu,” tulis individu terbabit.

Lebih mencetuskan kemarahan warganet, individu tersebut turut mendakwa Syed sering menyebarkan kepercayaan bahawa keturunan Syed dan Sharifah tidak akan dimasukkan ke neraka walau sebesar mana dosa yang dilakukan.

“Dia selalu cakap keturunan Syed Sharifah tak akan masuk neraka. Buat salah besar mana pun, kena siksa dalam kubur saja, lepas itu terus masuk syurga,” dakwanya lagi.

Individu itu turut menyatakan dakwaan berkenaan sering diulang sehingga menimbulkan rasa meluat, sekali gus menimbulkan persoalan tentang penggunaan status keturunan sebagai justifikasi terhadap dosa dan salah laku.

Perkongsian tersebut pantas tular dan mengundang reaksi keras netizen, khususnya selepas Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadap Da’i Syed dalam kes rogol yang membabitkannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa marah dan kecewa, malah menyifatkan dakwaan itu sebagai berbahaya kerana boleh mengelirukan kefahaman agama serta membuka ruang kepada penyelewengan ajaran.

Bagaimanapun, setakat ini dakwaan tersebut belum disahkan secara rasmi, dan tiada kenyataan balas dikeluarkan oleh Da’i Syed berhubung pendedahan berkenaan.

Sumber :demirakyatchannel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *