Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh hamil anak pertama selepas didiagnos mempunyai masalah jantung.
Menurut laporan mStar, dia mengetahui sedang berbadan dua ketika menjalani imbasan x-ray ketika melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap masalah jantung yang dihidapinya.
Fara Salleh hamil anak pertama
“Tak tahu nak gembira ke apa sebab sebenarnya saya baru sahaja didiagnos mempunyai masalah jantung iaitu symptom brugada tahap satu sebab kerap pengsan.
“Memang selalu juga berulang alik hospital, tapi bila buat imbasan x-ray di perut tak sangka rupanya saya sedang hamil.
“Dah masuk bulan kedua usia kehamilan dan doktor kata tak boleh nak buat apa-apa sehingga bayi lahir,” katanya.
Disebabkan kehamilan tersebut, Fara terpaksa menangguhkan pembedahan jantung demi menjaga keselamatan dirinya serta bayi yang dikandung.
Bagi memantau tahap kesihatannya dari semasa ke semasa, pihak perubatan memasukkan Implantable Loop Recorder atau ILR untuk mendapatkan data jantung.
Fara Salleh hamil anak pertama
“Kalau tak saya sepatutnya perlu buat pembedahan jantung jika tidak kena masuk bateri.
“Jadi doktor terpaksa tangguhkan pembedahan ke atas saya kerana ia sangat berisiko untuk saya dan bayi.
“Buat masa ini fokus pada kesihatan bayi dan masukkan ILR untuk monitor jantung,” jelasnya.
Difahamkan juga, doktor tidak mencadangkan Fara untuk melahirkan anak secara normal sebaliknya perlu dilakukan melalui pembedahan kelak.
Dalam pada itu, Fara meluahkan rasa syukur kerana tidak mengidam atau mengalami alahan yang teruk dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya dan juga bayi.
“Setakat ini syukur saya tidak alami apa-apa alahan, mengidam, penat atau mengah. Minta doa yang baik-baik sahaja terutama buat bayi agar mampu bertahan.
“Doktor juga dah maklumkan kalau bersalin nanti perlu secara pembedahan caesarean,” ujarnya.
Sekadar info, Fara dan Shuk berkahwin pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak tersebut.
Sebelum ini, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Sumber : mstar/ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.