Da’i Syed teresakesak menangis. dipenjra 10 tahun, tiga sebatan kerana mergol, istri sedang berpantang menangis

Memetik Kosmo Online, pendakwah selebriti Da’i Syed telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendapati Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Usai hukuman dijatuhkan, suasana mahkamah menjadi pilu apabila ahli keluarga yang hadir menangis teresak-esak selepas keputusan tersebut dijatuhkan.

Isteri Da’i Syed, personaliti TV Hana Ismail yang juga baru sahaja melahirkan anak sulung meluru ke suaminya untuk memeluk dan menenangkannya.

Terdahulu, Syed telah didakwa atas pertuduhan merogol wanita berusia23 tahun ketika tarikh kejadian di dalam bilik sebuah kondominium di I-city, Seksyen 7 kira-kira pukul 1.35 malam, 11 September 2019.

Syed telah diperuntukkan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *