“Dah jumpa cinta baru..” Erra Fazira dedh hati sudah dimiliki? Peminat tak sabar makan nasi minyak

Primadona negara, Erra Fazira baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila satu hantaran di Instagram miliknya seolah-olah memberi bayangan bahawa hatinya itu sudah dimiliki ‘seseorang’.

Dalam hantaran itu, Erra menulis ucapan ulang tahun kelahiran buat seseorang yang disifatkan sebagai mendamaikan.

Erra Fazira temui pengganti

Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Malah, pelakon Maria Mariana itu juga meletakkan emoji lelaki dan wanita dengan bunga-bunga cinta seolah-olah menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Terdahulu, Erra pernah bernikah dengan penyanyi Datuk Yusri Abdul Halim namun bercerai pada tahun 2006. Aktres itu kemudian berkahwin kali kedua pada tahun 2007 bersama Engku Emran namun bercerai pada tahun 2014.

Hasil perkongsian hidup, Erra dan Engku dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *