“Dah agak dah, banyak maksud lagu tu..” Aina Abdul tunai permintaan ibu, lamar Fattah Amin

PENYANYI Aina Abdul mendedahkan ‘melamar’ pelakon Fattah Amin sebagai model dalam video muziknya atas permintaan ibu, Zaini Abdullah.

Kongsi Aina atau nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, sebaik ibunya mendengar keseluruhan lagu tersebut, wanita itu mencadangkan Fattah sebagai model video muzik lagu itu.

“Mak Aina adalah orang pertama yang mendengar lagu ini dan dia kata perlu ada hero dalam muzik video ini.

“Kemudian mak cakap, panggillah Fattah sebagai hero video muzik ini,” kongsinya menerusi Instagram.

Tambah Aina, dia berdebar sewaktu mengusulkan hasrat menjadikan Fattah sebagai model video muziknya melalui pengurus selebriti itu.

“Berdebar juga ketika kali pertama nak usulkan perkara ini pada pengurus Fattah. Alhamdulillah dia setuju,” ujamya.

Berkongsi lanjut mengenai single terbabit, Aina berkata, Jadi Ajar Aku dihasilkan sebaik dia selesai menunaikan umrah pada April lalu.

“Lagu ini dihasilkan tanpa piano, tetapi melodi dan lirik mengalir dengan lancar,” jelasnya.

Sekadar info, lagu video muzik berkenaan sudah mendapat lebih 47,000 tontonan di saluran YouTube Aina Abdul walaupun baru 17 jam di muat naik.

Sumber : sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *