“Cinta dia sangat besar,Pablo lelaki setia” Ada satu momen yang buatkan saya tersentuh – Dr Hana

Doktor pakar kecantikan, Dr Hana Rose menyifatkan bakal suami iaitu pelakon Pablo Amirul seorang lelaki yang setia.

Memetik Oh Bulan, Hana berkata tidak mudah untuk bertemu dengan lelaki yang tepat, namun dia melihat cinta Pablo untuk dirinya sangat besar

Malah, ada insiden berlaku yang membuat hatinya tersentuh dan kebaikan Pablo memberi keyakinan kepadanya untuk menjadi isteri palakon berkenaan

“Mencari Mr Right tidak mudah. Apa yang membuatkan saya yakin adalah cinta Pablo sangat besar dan setia. Ada satu momen di Itali yang membuatkan saya tersentuh di mana Pablo sanggup berkaki ayam selama tiga jam.

“Saya pakai kasut tumit tinggi hampir lapan jam dan Pablo bagi saya pinjam kasutnya kerana kaki saya sudah sakit,” katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai persiapan perkahwinan mereka pada Februari depan, Hana berkata segala persiapan diserahkan kepada bakal suaminya.

Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar. Semuanya saya serahkan kepada pilihan Pablo, kerana kalau boleh saya tidak mahu bebankan dia.

“Saya hanya mahu hari bahagia ini diraikan bersama keluarga dan sahabat yang berada si samping saya ketika susah dan senang.

“Walaupun jadual kami padat, Alhamdulillah ada pasukan yang sangat membantu di belakang kami. Terharu apabila mereka sanggup terbang dari Sabah, Labuan dan Sarawak, sebab bukan semuanya orang senang,” katanya.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *