PERSONALITI media sosial, Cik Epal menuntut permohonan maaf dan bayaran ganti rugi RM1 juta daripada Emira Delyati Dewi yang didakwa mempunyai hubungan dengan bekas suaminya,
Menerusi posting di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud memuat naik hantaran menunjukkan notis tuntutan menggesa Dewi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.
“Aku telah menghantar notis tuntutan kepada Dewi melalui peguam aku. Aku menuntut Dewi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM 1 juta kepada aku,” katanya menerusi hantaran berkenaan.
Cik Epal memaklumkan dia tidak pernah kalah dalam mana-mana kes saman sebelum ini.
Berdasarkan notis tuntutan yang dikongsi Cik Epal, Dewi didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu siaran podcast.
Dalam temubual tersebut, Dewi mendakwa dia pernah ditawarkan menjadi isteri nombor dua kepada Jofliam (bekas suami) oleh Cik Epal.
Notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi oleh Cik Epal.
Notis berkenaan juga mengingatkan sekiranya Dewi gagal mematuhi notis berkenaan dalam tempoh seminggu, iaitu permohonan maaf secara terbuka, pihaknya akan memfailkan tuntutan di mahkamah.
Sementara itu di ruangan Instagram Story, Cik Epal memaklumkan dia menang semua kes saman yang melibatkan dirinya sebelum ini.
“Kalau Dewi tak nak buat permohonan maaf dan nak ke mahkamah. Memang aku all out (berhabis-habisan) lawan sampai habis. Berani kerana benar,” katanya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.