“CCTV dedh dadh dibawa masuk orang lain,” Eda Ezrin akhirnya dibebaskan selepas hampir 9 bulan dalam penjara

PENYANYI lagu Bea Sobar Bea iaitu Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat pada Rabu.

Pembebasan itu dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan.

Keputusan itu juga dibuat terhadap Eda dan suami berserta empat lagi rakan mereka.

Eda bebas segala pertuduhan berkaitan dadah. 

Untuk rekod, pada 2 November tahun lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam indvidu ditahan oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditahan Bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November tahun sama.

Pada 6 Mac lalu, Eda dan Mohd Affendi dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan berkenaan.

Pun begitu, selepas bebas daripada tuduhan memiliki pil yaba itu, Eda, suami dan empat rakannya masih perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.

Hal demikian kerana pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh mahkamah.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *