Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan writ penyitaan dan penjualan terhadap aset milik pempengaruh media sosial, Caprice, selepas beliau gagal bayar kos RM8,000 kepada seorang ahli perniagaan dalam kes saman fitnah.
Caprice gagal bayar kos kepada seorang ahli perniagaan
Memetik laporan daripada Bernama, writ bertarikh 3 Disember 2025 itu dikeluarkan terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli susulan perintah yang diperoleh oleh ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan, Datuk Seri R. Jeyenderan, membabitkan jumlah RM8,000 bersama alokatur RM320 yang dikira sehingga 21 November tahun sama.

Gagal bayar kos RM8,000 punca mahkamah keluarkan writ
Peguam yang mewakili Jeyenderan mengesahkan dua bailif mahkamah cuba melaksanakan writ tersebut di kediaman Caprice di Mont Kiara pagi ini.
Walau bagaimanapun, pihaknya gagal melaksanakan tindakan tersebut apabila tiada pihak membuka pintu selain pengurusan pangsapuri memaklumkan defendan telah berpindah selepas tamat tempoh penyewaan tahun lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi inter-parte dalam saman fitnah terhadap Caprice dan mengarahkannya membayar kos RM8,000 dalam tempoh dua minggu, namun bayaran itu tidak dijelaskan, sekali gus membawa kepada tindakan penyitaan aset.
Sunber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.