Penyanyi dan usahawan, Datuk Ifa Raziah tampil bersuara berhubung segelintir pihak yang kurang senang dengan lagu ‘Gedik Raya’ yang didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.
Gedik raya

Saripah Raziah Mustapha berkata respon negatif yang diterima bukan kerana kualiti lagu atau muzik video itu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi sesetengah individu terhadap dirinya.
Saya juga nak tengok sejauh mana lagu ini boleh pergi dan bagaimana respon peminat.
Sudah tentu akan ada yang mengecam. Bukan sebab mereka tak suka lagu atau muzik video itu, tetapi kerana mereka tidak suka saya secara peribadi.
Ada yang kata perempuan seusia saya tak sesuai bawa lagu gaya Gen Z. Tetapi bagi saya, kita perlu ikut peredaran zaman. Takkanlah nak buat lagu seperti zaman 90-an sahaja.
Ifa berkata demikian ketika ditemui pada rakaman program Melodi Raya yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Mengulas lanjut, Ifa berkata isu ini kemungkinan tidak akan timbul sekiranya diberikan kepada artis baharu.
Mula-mula orang rasa pelik sebab nama Ifa Raziah yang bawa lagu ini.
Kalau diberi kepada artis baharu, mungkin tak ada masalah. Mereka boleh buat apa sahaja gaya tarian, melompat atau beraksi pun orang terima.
Tetapi sebab saya artis generasi lama, apa sahaja yang saya buat nampak salah kerana mereka anggap saya sudah berusia.
Kemunculan semula

Sementara itu, Ifa berkata lagu itu juga menandakan kemunculan semula dirinya dalam industri hiburan selepas lima tahun berehat.
Ketika ditanya mengenai muzik video yang didakwa menggunakan kecerdasan buatan (AI) kerana kekangan bajet, Ifa menjelaskan ia sebenarnya dihasilkan menggunakan konsep Imej Janaan Komputer (CGI).
Sebenarnya muzik video itu menggunakan teknik CGI dengan green screen, bukan AI. Konsep Gedik Raya ini beraya di kayangan, bukan di bumi. Sebab itu visualnya penuh elemen fantasi.
Untuk menggambarkan konsep itu, kita gunakan teknologi terkini.
Ada juga yang kata saya tiada bajet sebab guna CGI. Hakikatnya kosnya agak besar dan mencecah lima angka, ia ditanggung sepenuhnya oleh Sony Music.
Sumber: ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.