Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah akhirnya membuka mulut memberikan penjelasan berhubung kritikan yang diterima oleh anak tirinya, Thalita, kerana pengayaan busana semasa majlis ‘gender reveal’ minggu lalu.
Bila halang nanti memberontak

Dalam klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama penuh Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, memaklumkan bahawa Thalita juga pernah menyimpan hasrat untuk bertudung.
Menurut Watie, perubahan minat Thalita berlaku secara semula jadi selari dengan persekitaran dan usia yang semakin meningkat.

“Dulu Thalita pernah kata nak pakai tudung dan keinginan itu memang ada, tapi bila besar sikit minatnya berubah ikut persekitaran.
“Bila makin besar, dia ada keinginan lain pula, nak cuba baju-baju berbeza. Bila saya larang, daddy tegur sebab saya pun dulu ada pengalaman pakai baju seksi juga,” kata Watie.
Dalam pada itu, Watie turut mengakui wujud sedikit kesilapan dalam pemilihan baju yang ditempah untuk majlis berkenaan, namun masa yang singkat menyebabkan rekaan asal tidak sempat diubah.
Dia menambah, Shuib sendiri menegur bahawa pakaian yang digayakan Thalita agak mencolok mata untuk kanak-kanak seusianya.

“Kes haritu, baju itu tidaklah diminta seperti itu sebenarnya. Tapi baju itu terpotong ke bawah sedikit.
“Pada hari kejadian pun ramai saja yang tegur termasuk ahli keluarga. Daddy tegur, dia harap Thalita tak pakai baju sebegitu dah. Sebab baju-baju Thalita saya yang uruskan,” jelasnya.
Selain itu, Watie menekankan bahawa pengalaman tersebut menjadi pengajaran kepada Thalita agar lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian pada masa depan.
“Saya izinkan dia pakai. Bila dah pakai, dia sendiri nampak apa yang orang kecam. Biarlah dia alami sendiri supaya selepas ini Thalita boleh fikir dan buat keputusan sendiri tentang pemakaian.
“Kalau kita halang, budak sebesar Thalita ini akan memberontak. Kalau kritikan itu membuat dia tak mahu pakai baju seksi lagi, kenapa tidak? Kalau itu boleh menjadikan kita lebih baik, salah ke?” tambahnya lagi
Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.