“Besar dan hebat lagi susu kau” kau nak berapa banyak? Tu kau dah ada dua, yang kat tengah tengah ni – Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila dikecam membuat lawak ‘double meaning dengan pempengaruh, Ratu Farah Diva.

Menerusi satu hantaran dimuat naik seorang netizen di laman Threads, dikongsikan beberapa klip video memaparkan Aliff dan Ratu sedang bersiaran langsung menjual biskut.

Ratu yang mengulas mengenai biskut berkenaan mengatakan ianya lebih sedap jika dinikmati bersama susu

“Sedap sangat biskut ni tapi kalau nak lebih sedap boleh cicah dengan susu,” kata Ratu.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian apabila Aliff berseloroh dengan menyamakan susu dengan bahagian tidak sepatutnya.

Kau berapa banyak susu? Tu kau dah ada susu dua, yang kat tengah-tengah ni,” kata Aliff.

Sementara itu, dalam satu lagi klip Aliff didakwa berseloroh lagi mengenai susu berbunyi,“besar dan hebat lagi susu kau”.

Susulan kenyataannya itu, individu tersebut turut mempersoalkan adakah ianya satu bentuk gangguan seksual.

Diruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan Aliff itu serta meminta usahawa itu lebih berhati-hati ketika berkata-kata bimbang mengundang kecaman.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *