“Bertahun hadap, selalu nampak ponti duduk cangkung mengintai di dapur” kisah Zara Zya buat ramai yang seram

PELAKON Zara Zya berkongsi pengalaman seram apabila mendakwa pernah melihat makhluk halus di rumahnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata biarpun kelibat makhluk halus itu tidak jelas, namun dia yakin apa yang dilihat bukan sekadar imaginasi.

“Saya selalu nampak kabus hitam dan bayangan sahaja. Kalau jelas seketul-seketul, tidak pernah.

“Yang selalu mengintai saya di dapur itu pun bayangan,” katanya.

Zara menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.

Pelakon ini turut memberi gambaran bahawa kelibat yang sering mengintainya merupakan makhluk halus yang sering disebut sebagai pontianak.

“Saya tahu dia ‘pon pon’. Pakai baju putih yang tidak berapa bersih dan mencangkung. Sibuk saja,” ujarnya.

Kisah tersebut mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminat, termasuk mereka yang turut berkongsi pengalaman sama.

Bahkan, ada juga yang menasihati Zara supaya mendapatkan rawatan alternatif bagi membendung perkara tersebut

Dalam masa sama, dia memberitahu kejadian misteri yang dialami itu bukanlah satu perkara baharu.

“Terima kasih kepada yang komen suruh berubat. Semestinya saya sudah pergi.

“Saya hadap bukan semalam, tapi sudah bertahun,” jelasnya.

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *