Pasangan pempengaruh yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes penyelewengan dana derma awam, disyaki sudah melakukan perbuatan itu sejak 2020.
Memetik Harian Metro, sumber memberitahu siasatan mendapati kutipan derma diseleweng apabila tidak disalurkan dengan cara yang betul.
“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.
“Pada masa sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes sama,” katanya.
Difahamkan, keempat-empat suspek ditahan malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Tular resit pembelian Aliff Teega dan Aisyah untuk bisnes sendiri?
Sumber : obulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.