Penyanyi Ina Naim sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia dan suami barunya, Mohd Khairul Rizal tampil berkongsi pendapat mengenai isu nafkah dalam rumah tangga.
Difahamkan, perkongsian itu dimuat naik usahawan Datuk Aliff Syukri di TikTok yang menyoal Ina mengenai nafkah yang diterima daripada suami.
Kongsi Ina, dia tidak mementingkan nilai nafkah dan menyerahkan segalanya mengikut kemampuan suami tersayang.
Sebenarnya yang penting dia jaga saya dan anak-anak dengan elok, beri pendidikan dan yang paling penting dia sayang saya selalu. Untuk nafkah yang batin penting, yang zahirnya kita tengok kemampuan.
Dalam pada itu, Ina juga menegaskan bahawa pemberian duit raya oleh suami adalah tidak wajib dan ia adalah hadiah daripada suami.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan agar Ina dan Khairul dirahmati dalam kehidupan rumah tangga dan bahagia hingga ke syurga.
Terdahulu, pasangan itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg. Ara, Kota Tinggi, Johor.
Sebelum ini, Ina berkahwin dengan penyanyi nasyid, Suhaimi Saad namun meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.
Ina dan Allahyarham Suhaimi Saad mempunyai empat orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.
@papalarisofficialBaik betul ina ni.. tak kisah pun pasal nafkah patutlah senang dapat jodoh..
Sumber : keramatviral
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.