Baru saja pelakon Sharifah Amani selamat melahirkan ank sulung, sekali suami umumkn berita ini pula

PELAKON Sharifah Amani selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Rabu lalu.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya iaitu Ahmed Faris yang memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.

 

Menurut Faris, mereka juga sepakat untuk memberikan nama Ahmed Mohsein.

amani - 1

Amani dan Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.

“Assalamualaikum, kenalkan anak lelaki kami Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan pada 26 Jun 2024,” katanya.

Faris berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Faris turut memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

 

“Alhamdulillah, ibu (Amani) dan bayi berada dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan,” ujarnya.

Pada Februari lalu, Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, memaklumkan dia sudah berbadan dua.

Menerusi perkongsian video yang dibuat, Amani turut memperlihatkan reaksi suami, keluarga dan rakan-rakan yang teruja mendengar khabar berita itu.

Untuk rekod, Amani mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 10 September 2022.

Pasangan ini disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *