Baru 4 bulan nikah, isteri Fikry Ibrahim tuntut cerai secara senyap? Rupanya ini yang berlaku..

TIADA angin tiada ribut, rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim didakwa dilanda badai apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar Mei lalu.

Menerusi jadual kes yang dipaparkan di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mendapati perbicaraan pertama mereka sepatutnya berlangsung pada Khamis.

Jadual kes tuntutan cerai Khalizah terhadap Fikry berlangsung pada pagi Khamis.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu, Khalizah, 37, dilihat hadir ke mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi dengan memakai pakaian serba hitam dan pelitup muka sambil diiringi peguam syarie lantikannya.

Bagaimanapun, sehingga kini kelibat Fikry tidak kelihatan di mahkamah.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Pasangan ini mengambil pendekatan menjaga privasi sejak awal perhubungan.

Perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas Fikry memuat naik gambar pernikahan mereka.

Malah Fikry juga menyangkal dakwaan kononnya dia terpaksa berkahwin dengan Khalizah susulan raut wajahnya dilihat seperti tidak rela.

Jelas aktor itu, raut wajahnya itu mungkin disebabkan sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat akan dipikul.

Tambah Fikry, walaupun sudah bergelar suami, namun dia perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *