“Banyak saya nak spill” Individu wanita didakwa kekasih Amir Ahnaf dedh lagi bukti..

Selepas mengejutkan ramai pihak dengan pendedahan mengenai hubungannya bersama seorang pelakon lelaki baharu popular yang didakwa sebagai Amir Ahnaf,

wanita yang dikenali sebagai Nasuha tampil sekali lagi dengan kenyatan baru menerusi hantaran di TikTok miliknya.

Katanya, dia tidak pernah memberikan kenyataan bahawa dia merupakan bekas kekasih aktor itu.

Malah, sebagai seorang yang pernah rapat dengan Amir, banyak lagi perkara yang ingin didedahkannya namun memilih untuk tidak melakukan perkara tersebut.

“Saya hanya membuat hantaran yang ringkas, itu sahaja. Saya tak mahu cakap lebih-lebih.

“Dan, bila masa pula saya saya cakap saya bekas kekasih dia selama setahun? Chill, kapsyen saya dengan orang cakap lain.

“Sebenarnya banyak lagi saya nak spill tapi tidak mengapa, let it be.

“Nama saya Nasuha bukan Gwen atau Natasha.. nanti ada yang lain terpalit lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Nasuha menitipkan pesan dan memohon maaf kepada kelab peminat Dolla dek kerana kontroversi yang timbul, nama salah seorang anggota kumpulan itu pula yang terlibat sama.

“Hello, Idolla saya minta maaf tetapi saya tak heret Angel dalam kes ini.

“Saya tahu Angel pun tak tahu kewujudan saya.

“Yang mana terasa hati atau sakit hati dengan posting saya, saya minta maaf ya,” kongsinya.

Terdahulu, foto mesra dan tangkap layar pesanan WhatsApp antara Nasuha dan Amir Ahnaf menuai tumpuan rata-rata peminat aktor berkenaan.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *