SEORANG wanita mengakui ‘sakit mata’ melihat pakaian golongan ibu yang menghantar anak-anak ke sekolah terutama pada waktu pagi.
Wanita itu berpandangan, memakai baju tidur ketika keluar menghantar anak tidak salah tetapi pastikan pakaian yang dipakai sopan dan tidak mencolok mata sehingga ibu bapa lain ‘naik segan’ melihatnya.
Ibu bapa bekerja lebih selesa menggunakan khidmat bas sekolah untuk menghantar dan mengambil anak-anak. -Gambar hiasan
“Minta maaf cakap. Nak pesan sikit dekat ibu-ibu yang hantar anak ke sekolah tu. Mohon pakai baju yang elok sikit ya.
“Kalau sekadar hantar tak turun dari kereta, boleh terima pakai baju apa pun. Ini awak turun dari kereta, hantar sampai depan pintu.
“Pakai pula baju tidur kaftan lengan pendek je. Jenis kainnya melekap, awak bertudung. Tak manis orang tengok,” katanya.
Jelas wanita itu, dia sama sekali tidak cemburu, sebaliknya bersimpati kerana terlalu banyak mata yang memerhati apabila ada golongan ibu berpakaian sedemikian.
“Hari ni ada lawatan, ramai ibu bapa yang duduk tunggu sampai anak naik bas.
“Kita pula rasa kesian bila nampak ada mata yang melirik-lirik tengok awak,” katanya.
Mohon pakai baju yang elok sikit ya.
IBU PELAJAR
Netizen yang menyokong pendapat wanita itu berkata ada sesetengah wanita langsung tidak memakai baju dalam ketika menghantar anak.
“Ada yang siap tak pakai baju dalam lagi. Kita yang perempuan ni pun boleh tahu pakai ke tak, ini kan pula orang lelaki weh,” katanya.
Sementara itu, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman memalukan sambil mengaku menyesal memakai pakaian kurang sopan ketika menghantar adiknya.
Reaksi netizen.
“Pengalaman sendiri, pernah hantar adik ke sekolah pakai baju tidur jenis seluar tiga suku, pakai t-shirt kemudian sarung sweater hoodie.
“Tak menyinggah mana-mana tapi kemalangan, kereta ternaik atas tembok. Terpaksa keluar kereta juga untuk dapatkan bantuan.
“Malu tak payah cakap. Lepas pada tu memang beringat untuk pakai lengkap walaupun sekadar duduk dalam kereta,” katanya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.