PASTI ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk menyemak baki duit dalam MyKad atau kad pengenalan.
Maklumlah bermula 31 Ogos ini semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima sumbangan tunai RM100 secara one-off menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Namun begitu, ramai masih tertanya-tanya bagaimana cara untuk tahu duit sudah masuk dan semak baki dalam MyKad?
Untuk makluman, MyKad anda sebenarnya boleh berfungsi sebagai kad Touch ‘n Go (TnG) sekiranya terdapat logo TnG di bahagian belakang.
Jadi, semakan baki boleh dilakukan seperti berikut:
1. Guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet
a. Muat turun dan buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
b. Tekan ikon ‘TNG Card’.
c. Pilih ‘Add New Card’.
d. Masukkan nombor siri MyKad (Nombor MFG) dan nama anda.
e. Tekan ‘Submit’.
f. Baki kad akan dipaparkan di skrin.
2. Guna mesin kiosk Touch ‘n Go
a. Pergi ke kiosk TnG yang biasa ditemui di pusat membeli-belah atau stesen LRT dan MRT.
b. Imbas MyKad anda pada mesin.
c. Baki akan dipaparkan secara automatik.
3. Guna mesin tambah nilai
a. Mesin ini biasanya ada di stesen minyak, kedai serbaneka atau hentian R&R.
b. Letak MyKad pada pengimbas.
c. Baki akan keluar pada skrin tanpa perlu tambah nilai.
4. Layari portal Touch ‘n Go
a. Masuk ke laman web rasmi TnG dan log masuk ke akaun anda.
b. Klik bahagian ‘Card Portal’.
c. Anda boleh lihat maklumat termasuk baki terkini dan nombor siri kad dalam laman web tersebut.
Untuk rekod pemberian RM100 itu merupakan inisiatif sempena Hari Kebangsaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai salah satu usaha membantu rakyat berdepan kos sara hidup.
Wang tersebut boleh digunakan di lebih 4,100 kedai runcit terpilih seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai serbaneka di semua daerah seluruh negara, mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember tahun ini.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.