“Bagi hint sudah berpunya?” ramai terkejut tengok perkongsian terkini Khairul Aming.

Khairul Aming cetus tanda tanya apabila muat naik video dengan kapsyen seolah beri hint sudah berpunya.

Personaliti masakan popular, Khairul Aming sekali lagi jadi perhatian netizen, tetapi kali ini bukan sebab resipi baharu. Sebaliknya, satu perkongsian di Threads telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan ‘pelajarnya’.

Rata-rata mula tertanya-tanya sama ada Khairul Aming sebenarnya sedang memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah berpunya selepas memuat naik video dengan kapsyen ringkas tetapi penuh makna.

Perkongsian ringkas daei Khairul Aming tapi undang tanda tanya

Dalam hantaran tersebut, Khairul Aming hanya menulis kapsyen pendek yang membuatkan ramai mula berfikir bukan-bukan. Malah kapsyen itu turut disertakan emoji berbentuk love dan cincin yang menambah lagi persoalan

When i got my number one.- Tulis KA.

Gabungan ayat dan emoji tersebut membuatkan ramai menganggap ia seperti satu hint tersirat mengenai kehidupan peribadinya.

Netizen mula kaitkan dengan soal hati

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat berseloroh dan membuat andaian sendiri. Ada yang mengusik mengatakan ini seperti ‘soft launch’ seseorang yang istimewa, malah ada juga yang mendakwa sedang menunggu pengumuman rasmi.

Situasi ini membuatkan nama Khairul Aming kembali trending, bukan kerana dunia masakan, tetapi kerana kisah peribadi yang jarang sekali dikongsikan kepada umum.

Khairul Aming sempat lagi tegur ‘pelajarnya’

Apa yang pasti, peminat memang terkenal dengan sikap ‘detective mode’ apabila melibatkan figura kesayangan mereka, lebih lebih lagi bila bab hati dan jodoh.

Sumber: ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *