Anak kepada penyanyi Allahyarham Jay Jay iaitu Nur Kamelia Mohd Fauzi mendedahkan arwah bapanya pernah meluahkan hasrat untuk memiliki kereta idaman jenama Volvo.
Ketika ditemui OhBulan!, Kamelia, 28, berkata, permintaan itu dibuat oleh arwah bapanya ketika masih terlantar di atas katil hospital.
Bagaimanapun, dia menganggap luahan itu hanya sekadar gurauan. Ayah tiada pun minta permintaan terakhir, tetapi dia ada nyatakan hasrat untuk membeli kereta Volvo. Mungkin itu kereta idaman dia.
Waktu itu ayah masih di hospital, dia kata nanti kalau dah keluar hospital nak beli. Namun, saya anggap itu sekadar gurauan.
Kamelia berkata demikian ketika ditemui di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya, pagi Isnin.
Dalam pada itu, Kamelia berkata, bapanya juga menunjukkan perubahan ketara dan kurang bercakap selepas dua kali diserang strok sejak Mei lalu.
Pun begitu, dia memuji semangat juang bapanya yang tidak putus asa melawan kesakitan dihadapi.
Keadaan ayah semakin teruk selepas pembedahan jantung (bypass) kerana berlaku kegagalan pada beberapa bahagian organ dalaman.
Ayah sepatutnya dibenarkan pulang pada minggu lepas tetapi ada jangkitan kuman dalam air kencing. Selepas itu, organ lain pula mengalami kerosakan.
Ayah juga mengalami dua kali serangan strok.
Disebabkan itu ayah jadi kurang bercakap, tetapi saya puji keekalan semangatnya untuk berjuang melawan sakitnya.
Terdahulu, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, 67, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam Ahad.
Sebelum ini, anak arwah ada memaklumkan bapanya dalam proses menjalani rawatan fisioterapi akibat diserang angin ahmar.
Katanya, arwah mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu.
Sumber : ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.