“Apa kata aku sebat ja semua.. Fatah tak payah la” Kantoi jumlah komisen kambing perap Fattah Amin

Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad mengundang gelak tawa apabila dia meninggalkan nombor akaun banknya dalam satu hantaran di Instagram berkaitan aktor Fattah Amin yang tidak mengambil sebarang komisen hasil jualan kambing perap.

Sharnaaz atau nama penuhnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, menyatakan bahawa Fattah memang pakar dalam menjual apa sahaja produk yang mendapat sambutan hebat daripada orang ramai.

Semua ini berlaku apabila Sharnaaz membalas komen seorang peminat, Fadzleen, yang mencadangkan agar kedua-dua pelakon itu berkolaborasi untuk menjual kambing perap secara siaran langsung di TikTok.

Kalau aku memang tak infaq sebab Fattah dah settlekan, apa kata aku sebat ja semua duit tu. Fattah tak payah la dia dah banyak job, segala sarang labah-labah pun dia jual laku.- Katanya dengan nada gurau.

Sebelum ini, Fattah Amin berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dengan setiap set mengandungi tiga pek hanya dalam tempoh tiga jam bersiaran langsung di TikTok.

Menariknya, Fattah, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, menolak komisen yang sepatutnya diterimanya dan sebaliknya memilih untuk menyalurkan lebih RM90,000 tersebut kepada golongan yang memerlukan.

#OhmediaNasihat

Tindakan Fattah Amin yang ikhlas dan murah hati ini patut dijadikan contoh kepada kita semua. Dalam rezeki yang kita peroleh, ada bahagian untuk mereka yang memerlukan.

Jadi, jika ada peluang untuk berkongsi, janganlah kita kedekut. Sama-sama kita sebarkan kebaikan dan bantu mereka yang memerlukan di sekeliling kita!

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *