Amyza Aznan sebak, individu tak dikenali tampil bayarkan badal umrah buat allahyarham ank

Pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa terharu apabila mengetahui ramai individu yang menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya, Allahyarham Andre Mikhail dengan melakukan pelbagai kebaikan selepas pemergiannya

Tak sangka ada pihak yang sanggup wakafkan wang untuk badal umrah
Menerusi perkongsian di TikTok Amyza, dia sama sekali tidak menyangka ada individu yang tidak dikenali sanggup mewakafkan wang bagi tujuan ibadah badal umrah buat anaknya itu.

“Andre Mikhail, apa amalan kamu? Ramai yang sayang dan mendoakan.
“Daripada orang yang kenal sehingga orang yang mummy tidak pernah kenal telah mewakafkan umrah buat Andre Mikhail,” katanya

Ada juga yang wakafkan sekotak Yasin atas nama Andre

Dalam video berkenaan, Amyza dilihat tidak dapat menahan sebak apabila memeluk seorang wanita yang mewakafkan sekotak buku surah Yasin atas nama Andre.

Ujarnya pelakon itu, hatinya sangat tersentuh apabila mengetahui individu yang tidak pernah dikenalinya itu dengan ikhlas melakukan kebaikan buat arwah anaknya.

“Hari ini insan yang tak pernah mummy kenal mewakafkan surah Yasin atas nama awak,” luahnya.

Sumber: ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *