KUATĀ berdepan kontroversi, pelakon Ruhainies menganggap ujian menimpa bukan alasan untuk dia mengeluh atau merasa kecewa.
Bagi Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku pada dirinya kini.
Malah pelakon itu juga yakin dugaan yang datang akan berakhir dengan kebaikan.
Ruhainies menjawab pertanyaan pengikut di media sosial.
“Allah baru beri ujian besar sekali, takkan saya nak mengeluh. Saya terima dan reda. Saya bersyukur. Allah uji sebab Dia sayang.
“Saya percaya tiada yang sia-sia. Saya yakin pasti ada rezeki besar Allah sudah aturkan. Tiada badai yang berpanjangan,” katanya.
Ruhainies menulis perkara tersebut di Instastory miliknya dalam sesi soal jawab bersama peminat.
Dia berkongsi demikian apabila ditanya tentang cara bersabar tatkala namanya kini sedang menjadi bualan hangat.
Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza pelakon ini juga berkongsi lebih selesa mengambil langkah berdiam dan tidak mudah melatah dengan pandangan orang sekeliling.
“Kuasa yang sebenar adalah berdiam dan perhatikan mengikut logik. Jika kata-kata boleh mengawal anda, bermakna semua orang boleh kawal.
Ruhainies dan Aliff ketika hadir di mahkamah bagi sebutan kes khalwat.
“Tenang dan biarkan ia berlalu,” ujarnya.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.