“Alhamdulillah, Setelah Lama Mengidam…” menang battle, Ustaz Adnin dapat makan di Rembayung! Siap beri review jujur lagi

Pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati hidangan di restoran milik personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming iaitu Rembayung.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ustaz Adnin berkata kunjungan tersebut merupakan pengalaman yang telah lama dinanti-nantikan olehnya.

“Alhamdulillah, setelah lama mengidam, Allah rezekikan menang battle Rembayung. Gementar sebab jangkaan saya tinggi.

“Tapi alhamdulillah, setelah habis makan, segala expectation tu dipenuhi,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Ustaz Adnin juga turut memberikan ulasannya dan memuji keseluruhan aspek yang ditawarkan oleh Rembayung, termasuk kualiti makanan, suasana restoran, layanan kakitangan serta nilai harga yang diberikan.

“Saya tak pandai nak bagi rating sebab ni pertama kali review makanan.

“Kesimpulan, makanan, suasana (vibes), dapat jumpa KA yang humble, staff yang ramah, servis laju, harga berbaloi, kepuasan lepas makan 10/10,” ulasnya.

Ustaz Adnin juga turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Rembayung dan mendoakan agar jenama tersebut terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Tahniah KA. Moga maju jaya dan direzekikan Rembayung ada cawangan seluruh negeri di Malaysia,” katanya.

Berikut merupakan perkongsian Ustaz Adnin:

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *