“Alhamdulillah semoga dipermudahkan” nampak mesra Khairulaming dengan wanita ini, Baju raya sedondon warna biru bikin peminat haru!

SELAIN disukai kerana berkongsi video masakan, siapa sangka ramai yang menyimpan perasaan terhadap pempengaruh Khairul Arning atau Khairul Amin Kamaruzzaman ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok milik @63emiz memaparkan kelibat usahawan Sambal Nyet Khairulaming bersama seorang wanita yang dirakam secara sembunyi.

Dalam rakaman video tersebut, mereka kelihatan sedang berbual mesra ketika berada di dalam sebuah kafe terkenal, di Kota Bharu, Kelantan.

Oleh kerana Khairulaming bukanlah seorang yang gemar berkongsi kisah peribadi, ramai mula berteka-teki dengan mendakwa mereka merupakan pasangan kekasih.

Video yang tular itu kemudian meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan ‘patah hati’ apabila mengetahui Khairulaming rupa-rupanya sudah berpunya.

Malah ramai juga yang ‘broken’ dan sedih sekiranya wanita di dalam video tersebut adalah benar-benar kekasih kepada pempengaruh tersebut.

“Ku kira hubungan resipi kita special (istimewa).

“Sambal Nyet selalu sold out, tak lama lagi Khairulaming pun ‘sold out.

“Jangan tanya kenapa view masak abang drop sorang.

“Nanti mesti keluar resipi nasi minyak orang kahwin, ayam masak merah, gulai kawah daging, acar, cendol dan seangkatan dengannya (merujuk kepada menu kenduri),” komen netizen di Tik Tok

Setelah video tersebut berjaya mengecewakan ramai pihak, wanita bernama Amira yang dilihat berdampingan. dengan Khairulaming itu berkongsi video kedua.

Kali ini dia berkongsi foto minuman selain gambar bersama Khairulaming yang lengkap berbaju Melayu.

“Nak yang itu ke yang ini. Yang ini lah,” tulisnya pada gambar tersebut sehingga mengundang pelbagai spekulasi.

Kekecohan berlaku disedari tuan badan sendiri apabila Kharularning pantas memberikan penjelasan mengenai video yang tular itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter, dia menafikan wanita tersebut adalah kekasih hatinya.

“Nak yang itu ke yang ini. Yang ini lah.”

Jelas Khairulaming yang berasal dari Kelantan itu, dia disapa dan dihampiri wanita tersebut yang memintanya mendengar lagu nyanyian Afghan untuk dijadikan latar belakang kepada video di Tik Tok,

Namun, Khairulaming bagaimanapun memberitahu wanita itu dia tidak tahu mengenai lagu tersebut dan dalam masa yang sama gelagat mereka dirakamkan kawan kepada wanita tersebut.

“Aduh jauh twist ni, aku kat Starbucks la beli air, adik ni datang bang cuba abang dengar lagu Afghan ni… boleh tak kita buat Tik Tok lagu ni.

“Alamak saya tak hafal lagu ni.” Pastu kawan dia record dari belakang,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Penjelasan dari Khairul Aming ini turut membuatkan kebanyakan netizen meluahkan rasa lega memandangkan statusnya yang masih lagi solo.

Malah ada juga yang terhibur apabila pempengaruh terkenal itu terpaksa menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan salah faham.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *