Pelakon, Aedy Ashraf, menegaskan lelaki perlu membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Pandangan itu dikongsikan susulan hantaran di media sosial Threads oleh seorang pengguna yang menekankan bahawa kaum lelaki tidak seharusnya terburu-buru berkahwin sekiranya belum bersedia dari segi kematangan diri serta tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Aedy Ashraf setuju lelaki miskin belum layak kahwin
Menurut individu berkenaan, kemiskinan yang dimaksudkan bukan sekadar melibatkan aspek kewangan, sebaliknya merangkumi kekurangan dari segi pemikiran, empati, jati diri, keimanan, ilmu, amanah, tanggungjawab, komunikasi, hala tuju hidup, emosi dan mentaliti.

Perkongsian itu menarik perhatian Aedy yang tampil memberi respons ringkas dengan mengakui pernah berada dalam situasi sama.
“Sangat setuju, aku salah seorang produk jenayah itu,” tulisnya.


Kenyataan tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata memuji keterbukaan serta kejujuran pelakon itu dalam mengakui kelemahan diri.
Dalam masa sama, ramai menyifatkan perkongsian berkenaan sebagai satu bentuk refleksi diri dan pengajaran berguna khususnya buat golongan lelaki yang merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.