Kecoh di media sosial bila tular satu video menunjukkan seorang pelakon wanita popular di sebuah kelab malam di Miri, Sarawak. Lebih mengejutkan, pelakon yang juga merupakan ibu tunggal itu dilihat begitu ‘selamba’ melayan teguran peminat meskipun dalam suasana penuh sesak dan bising.
Rakaman yang dipercayai dimuat naik oleh peminat sendiri menunjukkan pelakon itu memakai pakaian tanpa lengan dan turut dikawal beberapa lelaki yang didakwa pengawal peribadinya.
Ramai terkejut dan ada juga luah rasa kecewa

Kemunculan pelakon itu di lokasi hiburan terbuka memang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang kecewa, ada juga yang masih mempertahankan tindakan artis berkenaan.
Tak kurang juga yang menyindir dan berseloroh mengatakan mungkin dia sekadar mahu ‘tenangkan diri’ selepas penat bekerja
Menurut laporan, video tersebut dimuat naik oleh salah seorang peminat yang turut berada di kelab malam sama. Difahamkan, dia sempat merakam gelagat artis itu yang turut melayan sapaan peminat di kelab tersebut. Setakat ini, masih belum dapat dipastikan bila sebenarnya kejadian itu berlaku.
Pelakon tetap ramah walau dikawal ketat
pelakon wanita popular dirakam di kelab malam siap dikawal bodyguard
Apa yang menarik perhatian dalam video itu, meskipun kelihatan dikawal ketat oleh beberapa lelaki, pelakon tersebut tidak sombong dan sempat juga senyum serta menyapa peminat.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kehidupan pelakon itu selepas bercerai dan kini menjalani hidup sebagai ibu tunggal yang lebih bebas.
Macam biasa, isu begini memang akan buat netizen berpecah dua. Ada yang mempertikaikan tindakannya sebagai selebriti dan role model, manakala ada juga yang berpendapat itu hak peribadinya sebagai individu dewasa.
Sumber: ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.