Akhirnya misteri terlerai, Polis sudah Analisa SIMKAD Farah..Tak sangka bukti menjurus kepada kebun ubi milik Aliff?

PASUKAN polis sedang menganalisa kadi sim yang dipercayai digunakan suspek kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus selepas menemukan bahan bukti tersebut
“Ya. Polis sudah menemukan kad sim milik suspek untuk proses analisa,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, polis turut menjalankan proses sama ke atas kereta jenis Toyota Vios milik suspek selepas pulang dari pencarian bahan bukti di sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak, pada Sabtu.

Tambah beliau, kebun ubi tersebut bukanlah milik suspek sebaliknya hanya mengusahakan sebagai kerja sambilan.

Untuk rekod, beg tangan dipercayai milik arwah Nur Farah Kartini ditemui di lokasi kedua pencarian bahan bukti Kampung Batu 4, Trolak, Perak pada Rabu.

Terdahulu, Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM pada Rabu menemui sebuah telefon pintar dipercayai milik mangsa, di kawasan parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Pasukan penyelam membuat penemuan itu selepas pencarian selama hampir sejam.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu sebelum mayatnya ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada Isnin.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun dan merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal direman sehingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : gt3

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *