“Air keruh berkeladak tetap jumpa” Polis jumpa bukti paling penting yang akan membawa suspek ke taligantung

Sejak kelmarin kecoh di media sosial apabila mayat Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lepas telah dijumpai di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Pagi tadi! Sepasukan penyelam (Unit Forensik) telah diarahkan Polis Diraya Malaysia (PDRM) ke lokasi penemuan mayat Farah Kartini hari ini.

Perkara itu dilakukan untuk mencari telefon pintar milik mangsa di kawasan parit air di tempat kejadian.

Operasi pencarian itu telah disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus.

Pihak polis perlu dapatkan telefon pintar milik mangsa untuk membantu siasat dan itu merupakan bukti yang paling penting.

Terkini! Pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM akhirnya berjaya jumpa sebuah telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini dalam tali air di jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa sebentar tadi.

Telefon pintar itu ditemui pada jam 12.21 tengahari selepas hampir sejam penyelam menjalankan pencarian di sekitar tali air berkenaan.

Sumber : ohmedia / vr-8

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *